Untuk mereka yang tak pernah bermain gitar tapi berhasrat mahu bermain
gitar, ini lah situs terbaik untuk kamu. Kamu mungkin pernah melihat
seorang pemain gitar dan mempunyai keinginan untuk bermain gitar. Untuk
menjadi seorang pemain gitar yang betul-betul mahir, ia mengambil masa
5 sehingga 10 tahun. Tetapi untuk seorang yang tidak pernah memegang
atau bermain gitar, hanya satu hari digunakan untuk kamu mengenal,
berlatih dan bermain beberapa kord yang mudah. Pertama sekali yang kamu
harus buat ialah mengenal alat muzik gitar. Seperti dalam gambar di
bawah.




